Cinta

by Ikhwan

sahabat tercinta

wahai sahabat yang sentiasa mengajak ku kearah jalan yang benar…. aku telah merasakan perasaan cinta yang sangat mendalam dalam hubungan persaudaraan kita… engkau seakan-akan abang yang sentiasa menjaga ku…. sahabat yang aku sayangi…. berapa lama lagikah aku mampu untuk terus bersamamu? aku tak pasti bahawa esok aku masih mendapat rahmat udara-Nya…. atau mungkin Dia telah menjemput aku pulang ke alam yang seterusnya….

ingin sekali aku meluahkan perasaan yang sekian lama terpendam dalam lubuk hatiku…. perasaan sayang dan cinta, kasih antara aku dan kalian… sahabat…. aku sangat merindui mu juga mencintai mu seperti mana para sahabat nabi bercinta sehingga Islam menjadi kuat…. Demi Allah aku sangat mencintai kalian kerana Allah Subhanahu Wataala…. aku mencintai kalian kerana aku mahukan kekuatan yang kalian ada…. aku mahu bersama mu….

apabila kita bersama, ketika itulah kekuatan cinta semakin teguh…. kerana itulah abapila aku berjauhan dari kalian… aku terlalu merindui mu… tatkala aku terbaring keletihan…. raut wajah kalianlah yang menjadi teman ku…. aku tak akan merasa jemu untuk berdoa buat kalian…. kerana aku tahu bahawa kalian sedang berjuang di medan ilmu….. berjihadlah dijalan Allah sahabatku…..

aku teringin untuk berjabat tangan dengan kalian… menggenggam erat tangan-tangan yang sentiasa memimpin ku…. memeluk erat tubuh yang tidak letih dijalan Ilahi…. engkaulah sahabat yang aku cintai…. engkaulah sahabat yang tak mungkin aku lupakan….

Ya Allah Ya Tuhanku…. Engkau lindungilah sahabat-sahabatku yang berusaha menegakkan uasaha-usaha para ulama’…. Ya Allah, perbaikkanlah hati-hati kami dalam kebaikan, dan perelokkanlah hubungan antara kami, dan tunjukkan kami jalan-jalan ke syurga-Mu, dan selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada nur-Mu, dan jauhilah kami daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan fitnah sama ada yang zahir atau tersembunyi.

Advertisements