Dunya Wal-Akhirah

by Ikhwan

bumi ini milik Maha Pencipta

Ya Allah Ya Rabbi Ya Khaliq….

Kau jadikanlah hati kami ini sentiasa tenang dalam jihad dakwah kami….

kadangkala kami terlepas pandang tentang kehidupan akhirat yang memang kita tahu bahawa ianya adalah selamanya…. kami tersilap memilih jalan… kadangkala kami juga melepaskan dunia dan mengejar akhirat tanpa memikirkan bahawa dunia lah tempat untuk menuai bagi mengutip hasilnya di akhirat nanti….

Inilah dunia… tapak pinjaman buat kami yang telah Engkau berikan pada kami…. aku lihat manusia bergerak kesana kesini mencari sesuatu di bumi-Mu… mereka sibuk dengan perkara dunia mereka…. mereka mengejar sesuatu yang tidak mampu dibawa pulang ke alam selepas kematian mereka…. biar penat asalkan mereka dapat merasai nikmat dunia… walhal nikmat ini terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan nikmat di syurga-Mu…. terlalu sekejap untuk mereka merasai nikmat dunia… mereka lupa!!! syurga selamnya nikmat yang tak mampu difikirkan….

namun ada pula mereka yang sujud pada-Mu setiap waktu setiap masa…. tidak pernah mereka melupakan-Mu… tidak pernah mereka leka dari-Mu…. akan tetapi mereka meninggalkan golongan lain tanpa menghiraukan mereka… membiarkan mereka terumbang-ambing… mereka meninggalkan dunia dan membiarkan agama-agama lain berkuasa di bumi Allah… menguasai negara-negara…. menguasai ekonomi… peperangan yang berleluasa…..

ingatlah kita bahawa kita perlu seimbang dalam kehidupan dunia dan amal untuk akhirat…. bagaimana kita di dunia, begitulah kita juga di akhirat kelak…. masa bergerak terlalu pantas… tidak sempat untuk mengimbas masa lampau…. bangkitlah wahai manusia…. bukankah kita punyai banyak tanggungjawab…. terhadap Islam, kitalah pejuangnya…. dalam rumah-tangga, kitalah penyebar dakwah…. bersama masyarakat, kitalah para du’at…. tidakkah kau terfikir tentang baginda Rasulullah S.A.W.? baginda sentiasa melihat dan menyayangi kaumnya…. kenapa kita tidak menyayangi baginda?

wahai sahabat…. wahai saudara-saudaraku…. jangan… janganlah kau merasakan ini adalah suatu beban buat kita…. kerana inilah tujuan kita dilahirkan diatas dunia… membawa manusia kearah kebaikan…. supaya di akhirat kelak kita akan dapat bersama….

bangkitkanlah Islam dimuka bumi tapi jangan kau cintai dunia ini… ingatlah bahawa akhirat itu adalah kekal tanpa penghujung… selamanya…

“sayang sahabat”

Advertisements