Muslim

by Ikhwan

Dia lah Allah yang Maha Agong

Apabila kita mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penuh keikhlasan bererti kita telah memilih agama Islam sebagai agama dan deen kita… merangkumi cara hidup…. merangkumi segala aspek… mahupun perkara kecil ataupun besar…. Islam merupakan agama yang menitikkan beratkan segala perkara…. kerana Islam itu syumul yakni menyeluruh….

untuk menjadi seorang muslim yang taat kepada suruhan Allah S.W.T…. hendaklah seseorang itu mengenali penggabungan dirinya didalam agama islam… apa tujuan dia memilih islam… adakah kerana ibu-bapanya islam atau hanya mahu mencuba…. dalam rangka menjadi muslim yang punyai iman yang kuat, kita mestilah muslim dari sudut akidah, ibadah, akhlak, keluarga… serta menguasai diri dan meyakini masa depan islam yang gemilang…..

“Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslimin dari dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi ke atas kamu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.”(Al-Hajj:78)

kita mesti tahu bahawa islam saling lengkap-melengkapi… takkan lengkap jika kita hanya muslim dari segi ibadah… sekadar solat yang sempurna tidak bermakna dia muslim apabila akhlaknya jauh berbeza dari apa yang islam telah bawakan… dan akidah yang benar menjadi satu syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. kemudiannya menguasai diri…. bagaimana menguasai diri? ia bermakna menguasai jiwa. dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan…

1) golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka.

2)golongan yang berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu. kadangkala mereka menang… kadangkala mereka kalah dan terus bertaubat…

3)golongan orang-orang maksum,seperti para Rasul dan para Nabi.

dipetik dari buku Apa Ertinya Saya Menganut ISLAM? hasil karya Ustaz Fathi Yakan

Advertisements