Bending

by Ikhwan

Dont let it bend....

Ingatlah bahawa kita hanyalah manusia biasa yang tak dapat untuk dibandingkan dengan para Nabi dan Rasul… tak dapat kita bandingkan diri kita dengan para Malaikat….  kerana kita hanyalah manusia biasa… dimana iman kita sentiasa naik turun… tapi apa yang kita hendakkan adalah kekalkan purata iman dengan menaik… biarlah naik turun… tapi naik banyak.. turun sikit… Iman tu lebih mahal dari segala-galanya… lebih mahal berbanding maruah diri… celakalah mereka apabila Allah menarik iman dalam diri mereka… apabila hilangnya cahaya dalam diri kita… maka sesatlah kita….

terdapat satu kawasan dimana penduduknya tidak mempunyai agama… lalu datang satu jemaah untuk menyebarkan Islam… setelah mentarbiah mereka… mereka dihadiahkan al-Quran… kemudian jemaah tersebut berangkat pergi dari kawasan tersebut…. setelah beberapa bulan… jemaah itu datang untuk melawat perkampungan itu… apa yang mereka lihat, penduduk dikawasan tersebut telah beragama kristian… penduduk di kampung itu dijaga dan dibayar duit sebagai ganjaran memilih agama kristian….

beringatlah bahawa Allah maha berkuasa untuk menarik kembali hidayah dalam diri kita…. sama-samalah kita berusaha meningkatkan iman kita setiap hari….

Advertisements