Islam

by Ikhwan

sunset and its light

Apa itu islam… adakah hanya sekadar bukti bahawa diri kita adalah pemelok agama islam? apakah tidak ada tanggungjawab selain dari hanya memegang nama sebagai muslim? cukupkah dengan hanya memilih islam, diri kita ini adalah seorang muslim?

Apabila kita memelok agama Allah yakni islam bererti bahawa kita telah memilih islam sebagai satu jalan hidup… dituntut keatas kita untuk mengikuti segala perintah Tuhan Yang Maha Agong yang memerintah sekelian alam tanpa ada cacat cela… dituntut keatas kita untuk menyembah-Nya, Tuhan yang menciptakan kita dalam keadaan dan paras rupa yang cukup sempurna dan cantik… hendaklah kita memelok dengan sepenuh keikhlasan dan sentiasa bersedia untuk berada dijalan Allah…

kita tahu bahawa kiamat akan datang… ajal akan tiba… kita percaya bahawa syurga itu wujud… kita mahukan syurga… tetapi mengapa kita mengetepikan Islam dalam segala urusan kehidupan kita…. pernahkah kita terfikir, andai kata Allah mengambil kembali hidayah dalam diri kita… sesat lah kita dan neraka lah tempat kembali kita… pernahkah kita bersyukur setiap kali kita bangun… nyawa masih dikandung badan… pernahkah kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana masih berada di dalam agama Islam….

Islam itu cantik… tapi tiada siapa yang mahukannya…

Islam itu syumul…. tapi tiada siapa kembali padanya….

sesungguhnya islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya… begitu indahnya islam sehinggakan jiwa yang kusut akan menjadi tenang… hati yang keras menjadi lembut… pemikiran yang sempit menjadi luas… berfikir lah wahai sahabatku… apabila ajal datang menjemput… adakah kita akan mendapat syurga -Nya???

Advertisements