Syurga-Mu

by Ikhwan

Ya Allah…. aku mendengar mereka berkata-kata tentang syurga-Mu… aku menjadi terlalu bahagia… teramat bahagia kerana terdapat hati-hati yang mahukan syurga-Mu Ya Allah…. kemudian mereka berkata lagi… kami Islam… kami Islam… sejuk gegendang telingaku setelah menerima gelombang dari mereka…

namun… dari penglihatan ku ini… Ya Allah…. apa yang mereka usahakan demi memperoleh syurga-Mu Ya Allah… Nothing… sebaliknya terus menerus melakukan kemaksiatan… mengapa mereka kata mereka akan memiliki syurga, kerana mereka mengatakan bahawa mereka adalah Islam…. Ya Allah… tunjukkanlah mereka jalan yang benar…

mereka hanya mengatakan Islam itu agama mereka… tapi apa yang mereka lakukan telah jauh tersimpang dari agama-Mu Ya Allah… Al-Quran dibiarkan habuk menghinggap…. solat mereka entah kemana…. mengapa mereka mahukan syurga-Mu Ya Allah?

owh… baru ku tahu bahawa syurga-Mu itu terlalu indah dan tak dapat digambarkan… segala nikmat dunia ini hanyalah 1% dari nikmat syurga… Ya Allah.. Ya Allah… kalau begitu… aku juga mahukan syurga-Mu… akan tetapi telah pon Engkau janjikan bahawa syurga adalah milik mereka yang benar-benar memilih agama islam bukan sebagai agama mereka… tetapi memilis islam sebagai agama dan cara hidup….

Betapa indahnya Islam….

Advertisements